PRAKATA

Selamat datang ke program perniagaan, pelaburan dan penjagaan kesihatan yang diwujudkan bagi membantu anda mengikuti skim istimewa untuk meraih pendapatan sampingan yang lumayan disamping pengekalan kesihatan diri dengan hanya bermodalkan yuran penyertaan RM25.00.

Anda yang menyertai dan mengikuti program ini akan memperolehi pendapatan sampingan bulanan disamping kesihatan anda juga terjamin dengan menggunakan produk yang dihasilkan.

Produk kesihatan yang dihasilkan dari buah mengkudu (Morinda Citrifolia) dan cendawan merah (Ganoderma) terbukti berkesan kepada penggunanya disamping ianya berkualiti dan bermutu tinggi serta dijamin suci dan halal.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

profile.jpg (83504 bytes)

Sure Return Corporation (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat korporat sendirian berhad pada 15hb. Januari 1999 di bawah Akta Syarikat di Malaysia.  Syarikat ini lebih dikenali dengan nama SURECO.

Penubuhan SURECO dicetus dan diasaskan oleh Hj. Rashid Abdullah, Dr. Zainol Anuar, Hj. Shaharudin Hj. Nordin, En. Mohammad Rozi dan Prof. Dr. Sir Mugeni Samerin.

SURECO adalah sebuah syarikat Bumiputra sepenuhnya dengan modal berbayar sebanyak RM251,000 dan modal dibenar berjumlah RM500,000 yang ditunjangi oleh pengasas-pengasas yang berpengalaman, berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu untuk membentuk sebuah pengurusan korporat (corporate governance) yang mantap bagi mencapai matlamat dan wawasan syarikat.

Syarikat mempunyai pejabat urusan, pusat pameran serta pengedaran yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Manakala kilangnya bertapak di Teluk Intan, Perak. Sementara ladangnya pula berada di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

Aktiviti utama SURECO adalah sebagai pengeluar produk-produk yang berasaskan mengkudu (Morinda Citrifolia) dan cendawan merah (Ganoderma) yang memenuhi citarasa dan selera manusia dialaf baru ini. Syarikat ini mempunyai teknologi yang tersendiri dalam bidang penanaman, pemprosesan dan pemasaran. Disamping itu, SURECO berdaftar sebagai ahli Dewan Usahawan Industri Desa serta mendapat kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan lain-lain Agensi Kerajaan dalam berbagai-bagai projek yang berpotensi.

Kini, SURECO dengan kepastian dan keyakinan yang jitu mengorak langkah ke dunia industri MLM, membuka peluang kepada semua pihak untuk bersama bagi mencapai kesejahteraan hidup.

MATLAMAT SYARIKAT