Make your own free website on Tripod.com

PROSES MENJADI AHLI

  1. Cara termudah untuk menjadi ahli dan bergerak secara berkesan ialah dengan menyertai rangkaian yang berkesan. Sila berhubung dengan Sdr. Faris ( 012-7265827 , email : sureco@lycos.com ) untuk berbincang dan mendapatkan bantuan untuk menjadi ahli, atau terus kepada langkah berikut. Sekiranya anda menggunakan email, sila nyatakan butir-butir berikut : Nama, No. K/P, Jantina, Bangsa, Nama Pasangan, No. K/P Pasangan, Jantina Pasangan, Bangsa Pasangan, Alamat Tetap, No. Telefon, Nama Pewaris, No. K/P Pewaris dan poskan wang kiriman di atas nama "Sure Return Corporation Sdn Bhd" kepada - Faris, 9218 Jalan Enggang 3, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor. Kiranya anda ingin menguruskan sendiri borang permohonan menjadi ahli Sureco, dapatkan butir penaja dari contact di atas dan lakukan proses berikut.
  2. Isi Borang Keahlian SRC1 (3 salinan dalam set putih/biru/kuning) yang boleh diperolehi dari bakal penaja anda ataupun syarikat. Borang tersebut hendaklah dipenuhi selengkapnya dan ditandatangani.
  3. Serahkan bayaran penyertaan sebanyak RM25.00 kepada syarikat ataupun melalui penaja anda ataupun mendaftar terus di stokis-stokis yang terdekat.  Sila klik SENARAI STOKIS.
  4. Sebagai bukti penyertaan, anda akan dibekalkan dengan salinan Borang Keahlian (warna biru), fail/folder yang mengandungi risalah syarikat dan katalog produk-produk yang diniagakan.
  5. Apabila anda menaja seseorang, anda akan dibekalkan pula dengan salinan Borang Keahlian (warna kuning).
  6. Anda perlu memperkenalkan perniagaan ini kepada orang lain dan menggalakkan mereka menyertainya bagi memperbesarkan lagi rangkaian anda. Amalan ini akan menambahkan lagi pendapatan bulanan anda. Pendapatan bonus adalah tidak mempunyai had dan anda boleh meraih berapa banyak yang anda mahu bergantung kepada pembesaran rangkaian anda.