Masalah zuriat

Memandangkan usia saya dah masuk 41 tahun, anak saya yang keempat dah 6 tahun, saya rasa nak hamil lagi agak tipis.  Bila saya masuk SURECO pada Ogos 2000, saya dan suami minum Jus Cenkudu sebagai minuman kesihatan.  Selama 3 bulan kami minum ikut peraturan yang ditetapkan tanpa berhenti.  Dalam tempoh tersebut banyak masalah kesihatan kami dapat diselesaikan seperti batuk berpanjangan, sakit kepala, buasir dan berat badan berlebihan.  Apa yang paling menggembirakan kami ialah saya disahkan mengandung lagi dengan kehendak Allah.  Dari sini terbuktilah bahawa Jus Cenkudu dapat menambah kesuburan.

Setelah mendapat pengesahan mengandung, saya bertukar meminum Jus Mengkudu pula mengikut cadangan Prof. Dr. Sir Mugeni yang mengatakan Jus tersebut sangat sesuai untuk ibu mengandung dan anak dalam kandungan.  Saya minum Jus Mengkudu dari awal bulan pertama mengandung sehingga kesembilan bulan.  Nampaknya saya bebas dari tekanan darah tinggi, kencing manis, kekejangan urat dan lain-lain lagi.

Akhirnya dengan izin Allah saya berjaya melahirkan anak pada September 2001.  Saya terus minum Jus Cenkudu dan Mengkudu sehingga sekarang.  Alhamdulillah syukur kepada Allah dan terima kasih kepada SURECO.