Gout

Encik Mohd Isa Talib dari Bagan Datoh, Perak, mengalami sakit gout selama 15 tahun. Selain itu, beliau juga menghidap sakit kencing manis dan darah tinggi. Kesan dari penyakit goutnya yang menyakitkan, beliau sering mengambil ubat penahan sakit (pain killer) yang akhirnya menyebabkan kesan sampingan iaitu penyakit buah pinggang.

Semasa penyakit gout yang dihidapi di peringkat yang paling teruk, beliau telah terlantar selama kira-kira 4 bulan. Pada masa yang sama beliau menghadapi muntah yang berwarna hitam.  Pelbagai ubat telah dicuba untuk memulihkan penyakitnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan, sehingga beliau hilang keyakinan untuk sembuh.

Apabila disyorkan oleh adiknya, Encik Mohd Isa telah mencuba JUS CENKUDU Sureco. Setelah menghabiskan kira-kira 2 botol Jus Cenkudu, beliau tidak melihat sebarang perubahan. Atas nasihat adik beliau, beliau telah meneruskan mengambil Jus Cenkudu sehingga suatu ketika beliau sering muntah, sebagai tindakbalas Jus Cenkudu yang telah diambilnya. Setelah 3 bulan mengambil Jus Cenkudu, beliau sudah mula boleh mengiring sendiri dan bangun dengan bantuan isterinya. Setelah mengamalkan Jus Cenkudu secara berterusan, beliau telah mula boleh berjalan menggunakan tongkat.

Kini, Encilk Mohd Isa telah pulih dan boleh bekerja semula dan juga memandu kereta. Makanan, seperti kacang dan daging yang selama ini pantang untuknya, sudah tidak menjadi masalah baginya.

 

Ulasan

Penyakit gout biasanya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas.  Mereka yang diserang penyakit gout biasanya mengalami kesakitan dan radang di bahagian sendi seperti jari, pergelangan kaki, lutut dan siku. Penyakit ini adalah disebabkan oleh asid urik yang tinggi di dalam tubuh seseorang yang akhirnya akan mendap pada tisu dan sendi tubuh. Mendapan ini akan bertukar menjadi kristal (crystallized) yang menyebabkan kesakitan. Sel darah putih yang cuba memakan kristal tersebut akan menyebabkan radang, bengkak dan berdenyut. Mereka yang tidak tahan kesakitan sering mengambil pain killer untuk meredakan kesakitan. Malangnya amalan mengambil pain killer akan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Mereka yang menghadapi gout dinasihatkan mengelakkan dari mengambil makanan yang boleh menghasilkan asid urik yang biasanya dari makanan yang berprotin tinggi seperti daging dan kekacang. Pesakit gout dinasihatkan minum banyak air bagi melarutkan dan mengeluarkan asid urik melalui pembuangan air kencing. Untuk rawatan, pesakit dinasihatkan mengambil JUS MENGKUDU, JUS CENKUDU dan SPIRULINA.