Down Syndrome

Adik Nuranis Insyirah, dari Kelantan, telah mengalami masalah sindrom down sejak dilahirkan. Sejak dilahirkan sehingga umurnya lapan bulan, kanak-kanak ini tidak boleh bergerak, menangis atau bersuara. Dia hanya mengeluarkan air mata bagi menunjukkan dia menangis minta didukung atau perlukan sesuatu. Tubuh badannya sangat lembut hingga bahagian kakinya boleh terlipat sehingga ke kepala apabila didukung. Kepalanya juga boleh berpusing sehingga ke belakang. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak ini perlu dilapik dengan tilam / comforter apabila didukung.

Sebagai penjaga yang bertanggungjawab, ibubapanya telah membawanya ke hospital dan mendapatkan rawatan  physiotherapy dari doktor pakar. Adik Nuranis terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan 2 kali seminggu.

Menambahkan lagi masalah yang sedia ada, adik Nuranis telah diserang penyakit kulit semasa umurnya 5 bulan. Seluruh badannya menghidap masalah kudis yang bernanah seperti bisul, termasuk di bahagian kepala.

Pada permulaanya ibu kepada adik Nuranis telah mencuba UBAT GIGI CENKUDU untuk digunakan sebagai ubat sapu kepada masalah kulitnya. Kulit berkudis yang lama dibuang terlebih dahulu dan dibersihkan, dan kemudian disapu dengan ubat gigi Cenkudu. Selepas mencubanya selama 3 malam berturut-turut, didapati kudis di seluruh badannya mula mengering. Selepas diteruskan rawatan tersebut, kulitnya sudah tidak bermasalah lagi dan, bahkan, tidak meninggalkan sebarang parut.

Melihat perubahan yang menakjubkan itu, ibunya mula menaruh keyakinan kepada keberkesanan produk Sureco. Ibunya telah mencuba SPIRULINA Sureco sebagai usaha rawatan kepada masalah down syndrome yang dihadapi oleh adik Nuranis. Ibunya hanya memberi adik Nuranis satu sudu Spirulina dalam sehari dan telah dimulakan diawal bulan Ramadhan sebelum umur Nuranis cukup setahun. Selepas mengamalkan Spirulina selama sebulan, adik Nuranis telah menunjukkan perubahan yang mengejutkan seluruh ahli keluarganya. Buat pertama kalinya, pada hariraya, adik Nuranis telah mula duduk dengan sendirinya tanpa dibantu oleh sesiapa. Seluruh ahli keluarganya yang menyaksikan perkara itu telah menangis kegembiraan.

Selepas itu, selain dari Spirulina, adik Nuranis telah juga diberi JUS MENGKUDU dan air tenaga SPEW. Kesannya sungguh menakjubkan di mana kanak-kanak ini telah mula bersuara, cuba berdiri dan melangkah sebelum datangnya Hariraya Haji selepas hanya meminum 2 botol Spirulina dalam tempoh 5 bulan.