JUS MENGKUDU - KHASIATNYA MENGKAGUMKAN
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SELAMAT DATANG KE LAMAN MENGKUDU SAYA

Laman ini mula dibina pada bulan October,1999 khusus untuk memberi maklumat mengenai khasiat buah Mengkudu tempatan yang banyak terdapat di Malaysia dan biasanya digunakan untuk rawatan perubatan traditional.

Kebelakangan ini banyak penemuan khasiat tumbuh-tumbuhan atau herba dimodenkan oleh doktor-doktor perubatan moden.

Salah satu penemuan yang dimodenkan ialah dari buah mengkudu yang diusahakan dan dikeluarkan oleh Sure Return Corporation (M) Sdn Bhd.

Semua maklumat yang terdapat dalam Laman Mengkudu ini bertujuan memberi tumpuan khusus kepada Jus Mengkudu keluaran Sureco dan bagaimana konsep perniagaan dijalankan. Jika terdapat sebarang perkataan atau gambar yang menyinggung perasaan mana-mana pihak, penulis memohon-maaf kerana itu adalah kesilapan penulis sendiri. Sebarang kesilapan akan diperbaiki dengan segera.


Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai laman ini, sila hubungi penulis seperti dibawah:

Saiful : 012-6652236
email : saiful95@maxis.net.my
 
BUAH MENGKUDU - DIBUAT JUS
  BUAH MENGKUDU (Morinda mitrifolia)

Pengenalan.

Pokok mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia. Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulam. Buahnya sekali-kali digunakan sebagai makanan selepas bersalin, seringkali sipemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut di petik dan diperamkan di atas garam atau didalam beras yang bila sudah masak ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai "buah rojak", dimakan bersama kuah rojak atau dicampurkan dengan buah-buah lain sebagai rojak.

Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu penduduk kepulauan tersebut telah menggunakannya sebagai bahan ubat untuk berbagai penyakit, kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu mereka mengelarkannya berbagai gelaran seperti "Pain Killer Plant", "Headache Tree", "Cheesefruit".

Buah Mengkudu atau nama saintificnya Morinda Citrifolia. Di Kepulauan Hawai digelar Noni. Buah Mengkudu telah dicatat dalam manuskrip purba sebagai satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu. Pokok Mengkudu boleh ditemui di Asia Tenggara (cth Malaysia, Indonesia, Thailand, Burma), Australia, New Zealand, India, Carribean, Hawai dan Tahiti

 
KEHEBATAN MENGKUDU
  Kehebatan Buah Mengkudu

Secara tradisi penduduk di kepulauan Carribien menggunakannya sebagai ubat untuk segala penyakit, kesan rawatan ini disahkan dengan penemuan oleh beberapa ahli sains diantaranya ialah Dr Ralph Hainicke (kajian selama 45 tahun) menunjukkan didalam mengkudu banyak terdapat zat pencetus Xeronine dan beliau menamakannya Pro-Xeronine, terdapat juga enzim disebit pro-enzyme yang membantu Pro-Xeronine membentuk Xeronine

Zat Xeronine ini sangat penting kepada kesihatan badan kerana ianya berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai awet muda

Dr. Heinicke membuat komentar " Some of the problems which drinking noni juice might favourably affect are: high blood pressure, menstural cramp, arthitis, gastric ulcer, sprain, injuries, artherosclerosis, blood vassel problems, drug addiction, relief of pain and many other"

Sudah begitu banyak bukti saintifik dan ditambah dengan sokongan tradisi, semestinya kita mengambil kesempatan mengeluarkan produk tempatan. Jus Mengkudu Tempatan (Keluaran Sureco)

Sewajarnya kita memberi sokongan ke arah USAHA memproses ekstrak buah MENGKUDU secara komersial, bersih dan halal di negara sendiri demi menghargai pemberian Illahi

Kelebihan mengkudu ini ada juga diperkatakan oleh Dr.Ilham Adenan, Pegawai Penyelidik, FRIM di dalam Mastika November 1998.
 
KAJIAN SAINTIFIK
  Kajian Saintifik

1. Kajian selidik oleh Ms. Hirazumi dan kumpulannya dari University of Hawai pada tikus ( C57 B1/6 Mice)

Satu kumpulan tikus ini disuntik dengan Lewis Lung Carainoma Cells (LLC) dan tidak dirawat dengan jus mengkudu. Satu kumpulan lagi dirawat dengan jus mengkudu.

Kumpulan pertama tikus-tikus ini mati dalam masa 9-12 hari sahaja. Sementara kumpulan kedua dapat bertahan sehingga 105-123% dan 9 dari 22 ekor tikus ini bertahan sehingga 50 hari

Kesimpulan yang diperolehi menunjukkan pati jus mengkudu dapat secara tidak langsung meningkatkan sistem ketahanan tubuh (immune system) termasuk macrophages dan lymphoctyes

(A. Hirazumi. E. Furrasawa, S.C.Vhou & Y.Hokama Proc. West pharmacol, SOC:37; 145-146 (1994))

2. Kajian oleh T.Hiramatsu dan kumpulannya menggunakan 96 lempeng Ras Cell yang diingkubasikan dengan 33°C selama 24 jam dengan dimasukkan jus mengkudu. Morpologi cell diteliti setiap hari selama 5 hari. Didapati Fungsi Ras terganggu bila dimasukkan ekstrak jus mengkudu bila dibandingkan dengan 500 test ekstrak jus mengkudu bila dibandingkan dengan 500 test ekstrak yang lain

(T.Harimatsu, M.Imoto, T.Koyano, K.Umezawa, Cancer Letters 73 (1993) 161-166)

Jus Mengkudu Formula Dr. Rodzi

Dr. Rodzi, pencipta Jus Mengkudu Formula Dr.Rodzi (Pemenang Anugerah Inovasi Sains 1995) menyatakan,

"Pengamal ubat negara maju telahpun menggunakan jus mengkudu ini berpuluh-puluh tahun yang lalu. Semestinya mereka tidak akan menggunakan bahan herba ini jika tidak disokong dengan bukti kesahihan saintifik. Saya cuba mengeluarkan jus mengkudu sendiri dari buah tempatan bagi memenuhi keperluan pengubatan tempatan. Pasti Malaysia adalah sebuah negara "bapa" mengkudu dan adalah malang jika tidak mengeluarkannya sendiri jus mengkudu. Lebih malang jika kita sendiri tidak menyokongnya".

Jus Mengkudu mula dipasarkan di Malaysia pada April 1999.

MENGKUDU atau MORINDA CITRIFOLIA telahpun digunakan sejak 2000 tahun yang lalu. Kerana khasiatnya yang sungguh mengagumkan itu telah menggamit para saintis untuk mengkajinya. Kajian saintifik Dr. R.M. HEINICKE: MORINDA CITRIFOLIA JUICE mengandungi faktor pencetus xeronine yang dipanggil pro-xeronine. Xeronine yang ujud di dalam usus kecil ini berfungsi memperbaiki sel badan yang telah rosak.


Akhirnya TRADISI DAN SAINS mengakui kelebihan jus MORINDA CITRIFOLIA. Tidak sulit untuk mengungkap rahsia saintifiknya. Memang ia dapat memberi ledakan kesegaran pada sel-sel badan.

Anjuran cara guna.

* 2 camca besar 1/2 jam sebelum sarapan pagi. Tambah atau kurangkan ikut keperluan.
* Goncang sebelum digunakan.
* Simpan dalam peti sejuk setelah mula digunakan.


Kelebihan Jus Mengkudu

Di Carribean digunakan untuk merawat kanser, kulit, senggugut dan sebagai pain killer, untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai guna. Di Asia Tenggara digunakan untuk sakit tekak, penyakit mulut dan gusi. Di Filipina digunakan untuk membersihkan usus untuk menghindari perut dari parasit. Di Indonesia digunakan untuk mengubati gangguan semasa kencing, diabetis, batuk senggugut dan pendarahan

Meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthitis, ulcer, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi kencing, salah urat, gout, antioxidant, mengurangkan tekanan (stress), kurang tenaga, lemah tenaga batin, serabut fikiran, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit & kulat serta melicinkan kulit.


Produk Mengkudu Keluarn Sureco:

* JUS MENGKUDU -500ml RM 30.00
-250ml RM 16.00
* JUS CENKUDU - 250ml RM 25.00
* KORDIAL MENGKUDU- 1000mL RM 12.00
* KOPI CENGKUDU - 20 Packet RM 12.00


HUBUNGI STOKIS DAERAH :
1. Sae/Ina/Mie
Add: JLN Suasana 2/6, Bandar
Tun Hussein Onn, Cheras,
Tel : 012- 656 0722/012-665 2236

2. Fatimah/Azmi
Add: Kg. Bahagia, Teluk Intan
Perak
Tel : 05-6222737

3. Tmn Golf Height, Ampangan
Seremban.
06- 7637972 (Din)


 
Email Me: saiful95@maxis.net.my
HOME TAKAFUL BELAJAR LAMAN WEB
BELAJAR BUAT WEB SITE